Arkib

Posts Tagged ‘words tak boleh buka’

Dokumen Ms Words Corrupted

Julai 12, 2010 Tinggalkan komen

Pernah tak korang alami situasi camni..bila nak open dokumen jek akan terpapar kata document corrupted? aku lupe plak nak screenshot kan problem tuh, tapi problem ni biasanya akan berlaku kalau korang aktif save daripada hdd korang ke pendrive.

Hari ni dapat perminataan daripada cikgu katenye fail words yang dia buat aritu hilang. Detailnya dia kate kosong jek. Aku pun membuat andaian :

Andaian 1: Kalau fail words hilang mesti dah terdelete atau dah simpan tetapi tak ingat nama fail sebelumya untuk bukak balik.

Andaian 2 : oleh sebab beliau kata benda yang di dalam tuh hilang. Makananya isi kandungan dokumen yang hilang. Dinyatakan ada menekan undo banyak kali. andaian aku …kene tengok dulu masalah ni.

Masalah : ini dia masalah sebenarnya, dokumen ms words tuh dah corrupted. Sebab tuh nampak kosong jek.

Penyelesaian : Untuk masalah ini, aku cuba recover dokumen tersebut menggunakan cara yang di tunjuk oleh Office Help tuh. Ikuti langkah di bawah ini.

  1. Buka Aplikasi Ms Office (kalo belum buka)
  2. Klik pada File –> Open
  3. Pilih fail yang rosak tuh, tapi jangan double klik .cuma klik sekali jek.
  4. pastu tengok button kat bawah tuh pasal Open. (rujuk gambar)
  5. Klik Open kat anak panah tuh.
  6. Pilih Open and repair.
  7. Dokumen anda dapat di buka dengan jayanya
  8. sila save dengan pakai filename berlainan.

Baiklah itu sahaja masalah untuk hari ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.